KERAJAAN menetapkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor dilanjutkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di daerah berkenaan yang sepatutnya tamat hari ini akan dilanjutkan sehingga 14 April depan. Menurutnya, keputusan perlanjutan tempoh perintah itu dicapai dalam mesyuarat hari ini susulan terhadap beberapa perkara yang masih…
Kategori: Perniagaan
SOP baharu PKP dibincang esok [METROTV]
MESYUARAT khas akan diadakan esok bagi memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang baharu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengedarkan cadangan SOP berkenaan dalam mesyuarat hari ini. Menurutnya, SOP baharu dicadangkan itu membabitkan PKP yang akan…
‘Saya menangis, hanya ingat mati’
“SEBAIK dimaklumkan positif koronavirus baharu (Covid-19), saya menangis dan hanya mengingati kematian yang menunggu,” kata penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM), Simpang Renggam, Anidah Basri, 51. Menurut Anidah, pelbagai perkara bermain dalam fikirannya, malah laporan berita kematian akibat wabak itu menyebabkan dia hampir hilang semangat. “Untuk menenangkan diri, bacaan surah Yassin menjadi peneman setiap kali…
Ahli Parlimen Dungun malu terima BPN
AHLI Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli terkejut selepas dimaklumkan beliau layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN), hari ini. Wan Hassan berkata, ketika itu beliau sedang mempengerusikan mesyuarat pembahagian bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di Pejabat PAS Bahagian Dungun, kira-kira jam 10 pagi. “Rakan memaklumkan status kelayakan saya itu ditularkan oleh orang ramai dan…
Mangsa ke-66 Covid-19 selamat dikebumi
MANGSA ke-66 yang meninggal dunia akibat Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kesang Luar, Jasin, 12 tengah hari, hari ini. Jenazah dikebumikan sepasukan anggota Kementerian Kesihatan sambil dibantu beberapa ahli keluarga, pegawai syarak serta penggali kubur yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE). Lelaki berusia 59 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka…
PM umum PKP lanjut atau tidak esok [METROTV]
PERBINCANGAN antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) diadakan petang ini untuk mengesyorkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilanjutkan atau sebaliknya. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seterusnya pagi esok beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberikan taklimat berhubung perkara itu….
Ahli Parlimen, kenamaan dapat BPN kerana data taksiran
AHLI Parlimen dan orang kenamaan yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mendapat kelulusan secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu berkenaan pada 2018 melalui rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). LHDNM menerusi kenyataannya hari ini berkata, penerima diluluskan secara automatik berdasarkan kepada pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data rekod percukaian taksiran LHDNM…
Samseng sungguh maki, tampar polis…
LELAKI ditahan reman empat hari selepas didakwa mencederakan seorang anggota polis ketika operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)-Malim Jaya, Melaka, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek lelaki berusia 55 tahun itu ditahan selepas didakwa menampar serta memaki anggota polis terbabit ketika operasi dijalankan bersama beberapa…
Dua kematian, 109 kes positif baharu [METROTV]
PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan dua lagi pertambahan kes kematian berkaitan wabak Covid-19 dan 109 kes positif baharu, setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 67 kes manakala jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Menurutnya, seramai 72…
Doa ini ‘ajaib’
“GEMBIRANYA saya, doa ini ajaib (tak sangka) dapat jumpa ustaz. “Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz, saya tak pandai (banyak perkara mengenai) Islam… (tapi) nak berdakwah macam ustaz,” kata Noraini Wong. Wanita itu menzahirkan impiannya dan menangis saat kali pertama berpeluang bertemu penceramah terkenal, Ebit Lew. Menurut wanita yang menetap seorang diri di Kampung…
Terima kasih ‘nyawa’ kami!
TAK semua berpeluang dan punya kudrat yang kuat untuk berjuang di barisan hadapan dalam situasi negara yang dilanda wabak Covid-19 ketika ini. Namun, sebagai masyarakat kita hanya mampu mendoakan dan tunjukkan rasa penghargaan kita kepada barisan hadapan yang berjuang ini. Disebabkan itu, penyanyi Ismail Izzani hadir dengan single baharu berjudul Nyawa yang juga sebagai tanda…
Semua penghuni disaring
PETUGAS Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan proses sanitasi dan saringan Covid-19 terhadap penghuni flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Masjid India, semalam. Tinjauan mendapati kira-kira 50 petugas KKM lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) mengambil sampel penghuni dan penghuni memberikan kerjasama baik terhadap petugas selain akur kediaman diduduki dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Arahan…
3 hari berjalan balik kampung
SEORANG lelaki sanggup berjalan tiga hari ditemani anjing untuk pulang ke kampung di Kota Marudu sebagai langkah berjaga-jaga ketika wabak Covid-19 melanda negara. Alixson Mangundok, 34, mengambil langkah itu kerana dia berdepan risiko dijangkiti Covid-19 kerana baru pulang dari Jepun. Anak jati Kampung Mangaris 2 Kota Marudu itu ketika dihubungi berkata, sebaik tiba di Lapangan…
‘Perang’ bermula
JAKARTA membuat keputusan melaksanakan penjarakan sosial skala besar bagi membendung penyebaran pandemik Covid-19. Ia termasuk memperkenalkan had untuk aktiviti awam dan pelaksanaan pegawai pemantau. Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, larangan berkenaan yang dimulakan Jumaat ini berlangsung selama dua minggu sebagai permulaan dan mungkin dilanjutkan jika perlu. South China Morning Post melaporkan, dalam tempoh tiga minggu…
‘Saya terharu…’
“SAYA terharu dan tidak sangka menerima respon daripadanya selepas memuat naik gambar ibu saudara di Twitter,” kata Mohamad Asraf Nordin. Mohamad Asraf memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaannya selepas penyanyi terkenal, Mariah Carey memberi tanda suka, mengulang ciap dan berkongsi ciapan dimuatnya di Twitter bersama kata positif ringkas iaitu ‘hero sebenar’. Penyanyi itu memberi…
‘Kita belum menang, tapi tak kalah’ [METROTV]
“WALAUPUN kita belum menang peperangan ini, kita tidak kalah lagi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, pihaknya tidak melihat ada peningkatan mendadak dalam kes positif Covid-19 di negara ini. Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri dengan beberapa pilihan berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang…
Empat kluster masih ada kes positif baharu [METROTV]
EMPAT kluster jangkitan Covid-19 yang dikesan di negara ini masih mempunyai kes positif baharu hasil ujian saringan dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kluster itu adalah kluster import dari Itali, persidangan agama di gereja di Kuching, Sarawak, kenduri perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor dan perhimpunan…
‘Tolonglah disiplin, jangan melawat saudara pulak…’ [METROTV]
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta individu tidak sihat dan menjalani kuarantin di rumah supaya jangan melakukan aktiviti mengunjungi saudara-mara, sekali gus ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka tidak sihat itu bertanggungjawab mematuhi kuarantin dan PKP bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 secara meluas dalam masyarakat. Beliau kesal…
Covid-19: Dua petugas kesihatan maut, 181 positif [METROTV]
SERAMAI 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua kematian membabitkan golongan terbabit dilaporkan setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan itu bukan disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan. “Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti…
Sub kluster Covid-19 di Rembau [METROTV]
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu sub-kluster Covid-19 di daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan kakitangan satu sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam daerah Rembau iaitu di Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar. Beliau berkata, setakat jam 12…