MALAYSIA berkemampuan menjadi antara negara melaksanakan pembangunan dan penyelidikan vaksin koronavirus baharu (Covid-19). Keyakinan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah susulan perbincangan yang giat dijalankan bersama negara lain mengenai usaha membangunkan vaksin terbabit. Menurutnya, hasil perbincangan berkenaan diharap mendapat maklum balas positif. “Setakat ini, kita sudah kenal pasti beberapa negara dan…
Kategori: Perniagaan
Remaja maut leher tersepit di lif
SEORANG lelaki maut akibat tersepit di lif ketika memunggah barang di stor pasar raya di Kingfisher, Likas di Kota Kinabalu, hari ini. Joyden Joharis, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Kota Kinabalu, 10.45 pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi…
Covid-19: 2 kematian, 71 kes baharu direkodkan hari ini
DUA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 95 kes. Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19,…
Jururawat ‘pergi’ selepas 17 hari dirawat akibat Covid-19
“TOLONG jaga emak dan abah ya,” Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19, tengah malam tadi. Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF meninggal dunia pada 12.36 tengah malam selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom…
Merebak angkara rentas negeri
MALAYSIA merekodkan 33 kluster jangkitan Covid-19 di seluruh negara setakat, semalam. Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan Kluster Pengerang, Johor sudah menjangkiti 15 individu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan sekerjanya akibat tindakannya merentas beberapa negeri untuk mengunjungi sanak-saudara. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks iaitu kes ke-1508 Kluster Pengerang…
GerakMalaysia
ORANG ramai yang terkandas di kampung dan mahu merentas negeri boleh mengisi aplikasi GerakMalaysia atau ke balai polis berhampiran bermula 25 April ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mendengar rintihan mereka yang sudah berada di kampung masing-masing selama sebulan dan ingin pulang ke rumah mereka. “Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan…
Kuarantin rumah hantu
Jakarta: Bosan dengan individu yang ingkar perintah kuarantin, seorang ahli politik di Sragen, Jawa Tengah, Indonesia memutuskan menghukum individu terbabit dengan meletakkan mereka di rumah terbiar yang didakwa berhantu. Untung Yuni Sukowati berkata, pihaknya mengambil pendekatan itu selepas mendapati kemasukan orang ramai secara besar-besaran ke Sragen selepas Jakarta dan kota besar lain ditutup. Beliau berkata,…
Pilih bersederhana
ESOK, masyarakat Islam di negara ini mula menjalani ibadah puasa. Bagaimanapun, situasi dan pengalamannya pasti berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Berikutan negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memerangi penularan Covid-19, solat Tarawih di masjid dan surau tidak dibenarkan dan tiada bazar Ramadan. Bagi penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana Alias atau Nana, 36, dia…
Dulu dikeji, kini dipuji
“SAYA pernah diejek gigi salah ‘parking’ disebabkan memiliki susunan gigi tidak cantik dan berlapis,” kata Farah Natasya Abd Rahman, 23. Farah yang pernah menjadi mangsa buli siber di laman media sosial menganggap ejekan diterimanya sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. “Dulu, saya pernah memuat naik gambar ‘selfie’ dan mendapat komen negatif yang saya tidak…
Awas, dua polis palsu buat sekatan jalan raya!
LAGAK seperti seorang polis yang kononnya sedang melakukan sekatan jalan raya (SJR) bagi memeriksa individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun siapa sangka ia hanya taktik yang digunakan dua lelaki untuk melakukan kegiatan samun hingga menyebabkan seorang penyelia kilang cedera selepas bahunya dihentak dengan objek tajam dalam kejadian di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok,…
Penjenayah lepaskan tembakan, larikan wang dari bank
SEORANG penjenayah bersenjatakan pistol melepaskan sedas tembakan sebelum melarikan RM3,716 dalam kejadian rompakan membabitkan sebuah bank di Laman Seri, Seksyen 13 di Shah Alam, 2.45 petang hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang memakai penutup hidung dan mulut hitam melepaskan tembakan pada pintu laluan masuk ke kaunter…
Dua tentera maut pulang mesyuarat
DUA tentera yang baru pulang dari satu mesyuarat di Kuala Lumpur maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Lebu di Bentong, petang tadi. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga dan dalam perjalanan ke Kem Mempaga dilapor bertembung dengan sebuah lori. Ketua…
Elakkan aktiviti kunjung-mengunjung ketika Ramadan [METROTV]
MENGAMBIL iktibar daripada penyebaran jangkitan Covid-19 dalam Kluster Pengerang dan Sub-kluster Rembau, masyarakat diminta kekal patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan ini dengan mengelakkan daripada melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuklah perjalanan rentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan…
Budak tumbuk mata buaya elak dibaham
TINDAKAN nekad seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menumbuk mata buaya berjaya menyelamatkannya daripada dibaham reptilia ganas itu di di Sungai Imam, Kampung Bombalai, Tawau, semalam. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu mangsa turun ke sungai mahu mengalihkan perahu digunakan bapa saudaranya untuk menangkap ikan. Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba ditarik ke dalam sungai oleh…
Harga minyak mentah AS negatif
New York: Harga minyak mentah di Amerika Syarikat (AS) jatuh merudum sehingga paras negatif, pada Isnin. AFP melaporkan ia berikutan bekalan bahan api itu mengatasi permintaan susulan penularan wabak Covid-19. Penanda aras harga minyak mentah global dunia di AS, West Texas Intermediate untuk hantaran Mei ditutup pada harga -$37.63 setong ( kira-kira RM165 setong). The…
2 langkah penting sebelum tamat PKP
KAWALAN sempadan dan pergerakan adalah langkah penting yang perlu dilaksanakan kerajaan sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, bagi mengelak berlaku penularan semula wabak Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua langkah itu antara enam langkah disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dilaksanakan selepas PKP. “Langkah pertama ialah kawalan sempadan untuk mengawal…
Chong Wei anggap Noor Hisham wira
“KETIKA ini di mana rakyat dalam keadaan gelisah dan bimbang, kelihatan wajah seorang wira di televisyen setiap jam 5 petang amat mengamankan. “Dia bukan Melayu, dia bukan Cina, dia bukan India, bukan Kadazan Dusun bukan Iban. “Dia adalah rakyat Malaysia. Dia wira Malaysia. Dialah ketua komander kita dalam perang lawan virus. Dialah Dr Noor Hisham…
Tak pernah pinggir keluarga Pak Ishak
USAHA memujuk keluarga pesakit strok, Ishak Darus, 77, yang tinggal di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di Alor Setar untuk berpindah ke lokasi lebih sesuai sudah dilakukan sejak 12 tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, berdasarkan rekod keluarga daif itu turut menerima pelbagai bantuan daripada pihaknya sejak 2007….
‘Mulia sungguh hatinya’
“ALHAMDULILLAH… syukur. Mulia sungguh hati dia, semoga Allah membalas semua kebaikan,” Itu antara reaksi warganet berikutan tular gambar seorang lelaki yang membantu menukar tayar ambulans di Jalan Pangi di Kunak, hari ini. Sikap prihatin ditunjukkan Samsukardi Kamare, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ardie itu mendapat pujian warganet yang berusaha menukar tayar kenderaan berkenaan dalam…
Ahli Parlimen Batu ditahan ingkar PKP
POLIS menahan dua lelaki termasuk Ahli Parlimen Batu P Prabakaran kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Sri Murni, Selayang, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, Prabakaran ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 40 tahun kerana melanggar PKP berhampiran kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi…