INAI di jari masih merah. Namun demi negara, seorang petugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) sanggup meninggalkan isteri kurang 48 jam selepas bergelar ‘raja sehari’. Anggota terbabit, Muhammad Khairul Nizam Mohd Zain, 28, hanya sempat seketika bersama isteri, Siti Azarina Shafiqah Azam, 25, sebelum dipanggil bertugas susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu….
Kategori: Perniagaan
Pelajar kolej, jurujual jam ditahan hina Islam
POLIS menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang pelajar kolej wanita, kerana disyaki terbabit dalam kes mempersendakan agama Islam melalui rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan suspek…
PKP: ‘Demam’ Masak Apa Tak Jadi
DALAM tempoh enam hari diwujudkan, ‘group’ (kumpulan) Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di Facebook sudah meraih lebih 700,000 pengikut. Kumpulan itu yang diwujudkan pada 14 April lalu tular di Facebook beberapa hari kebelakangan ini susulan perkongsian masakan pelayar yang dikatakan tidak menjadi seperti sepatutnya biarpun sudah mengikut resipi asal. Malah, pengalaman pahit sewaktu…
PKP: Habiskan RM5,000 ubahsuai sendiri bilik tidur
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak lebih sebulan lalu membawa kepada pelbagai aktiviti dilakukan rakyat Malaysia bagi mengisi masa terluang di rumah masing-masing. Bagi Mohd Rafeq Said, 34, pengumuman PKP oleh Perdana Menteri bulan lalu dimanfaatkan untuk meneruskan perancangan mendekorasi kediaman khususnya bilik tidur bagi memastikan sasaran menyiapkan ubah suai sebelum Syawal tahun ini…
Saya rela ditangkap, masuk penjara – Ahmad Said
“JANGAN tangkap anak buah saya, saya rela ditangkap, (rela) masuk penjara,” itu kata bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menafikan sukarelawannya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. Beliau berkata, kira-kira 20 anak buahnya yang merupakan sukarelawan sedang menurunkan bekalan beras daripada lori untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Kijal. Katanya, dalam…
KKM kesan kluster pelajar dari Magetan, Indonesia
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster ini terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro,…
Covid-19: 95 sembuh, 84 kes baharu dan 1 kematian
SATU kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 89 kes. Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19,…
Rindu Syazwan kepada Nur Nasuha [METROTV]
SUDAH masuk hari keenam dia ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil, Tumpat, menziarahi pusara arwah isteri, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan mereka 31 Mac lalu. Rutin itu dilakukan oleh Syazwan Najmi Zulkarni, 23, yang jelas sangat sukar menyembunyikan rasa rindu dengan meluangkan masa kira-kira setengah jam membaca…
‘Memendam rindu…’
“UCAPKANLAH syukur Alhamdulillah apabila anda dapat bersama keluarga di rumah sebab ada yang sangat berharap berada bersama keluarganya… #percayalah… #dudukdirumah.” Itu status Hafizi A Hadi, 28, di Facebook (FB) yang ‘terpisah’ dengan isterinya Nordiana Ab Manan, 29, dan anak mereka Abdul Mateen sejak lebih sebulan lalu apabila terpaksa akur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana semua…
‘Duit saku RM100 tinggal sedikit’
EMPAT pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dari Sarawak terkandas di Kelantan, sejak sebulan lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesemua mereka seorang pelajar lelaki dan tiga pelajar wanita adalah penuntut IKTBN Alor Gajah, Melaka datang ke Kelantan untuk bercuti mengikut seorang lagi rakan yang tinggal di Kampung Bator, Jelawat, di Bachok, 19 Mac…
Surat balas Dr Noor Hisham, motivasi buat Lara [METROTV]
“LARA mengambil masa 15 minit untuk membuat loom band itu dengan kombinasi warna bersesuaian yang khas untuk diberikan kepada (Ketua Pengarah Kesihatan) Dr Noor Hisham (Abdullah),” kata Mutiara Jusuf McAfee, 46, ketika ditemui di rumah dekat Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Mutiara berkata, anak bongsunya itu, Lara Khadijah McAfee, 9, belajar membuat…
‘Gementar, memang tak disangka’ [METROTV]
“GEMENTAR itu tetap ada, malah lebih lagi, namun saya bersyukur kerana majlis pernikahan sempurna hanya dengan sekali lafaz,” kata Muhammad Don Haadi Don Putra. Muhammad Don, 29, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaannya sewaktu dan selesai melangsungkan majlis akad nikah secara dalam talian . Ia sekali gus menjadikan Muhammad Don dan isterinya, Nahdatul Aishah…
Tanda penghargaan untuk Dr Noor Hisham – Odiliawati [METROTV]
“LUKISAN ini sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, di atas kesungguhannya memerangi Covid-19,” kata Odiliawati Yusop, 28. Odiliawati dari Debak, Sarawak melukis potret wajah Noor Hisham di pipi kanannya Khamis lalu, sebelum memuat naik rakaman lukisan itu dalam Facebook miliknya. Malah jurusolek artistik itu turut melukis gambar tiga petugas…
‘Ketua cemas’
“TERLINTAS dalam fikiran saya adakah ini kali terakhir dapat melihat keluarga kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. “Ini kali pertama semua orang di negara ini berdepan wabak sebegini. Sebagai seorang doktor, saya faham bagaimana mudahnya penyakit berjangkit merebak dan ia boleh memberi kesan yang begitu cepat,” kata Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital…
JKDM rampas 21.7 juta batang rokok seludup [METROTV]
SEBANYAK 21.7 juta batang rokok seludup berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara 18 Mac hingga 13 April lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Johari Alifiah berkata, statistik rokok yang dirampas itu membabitkan 16 kes bernilai RM1.7 juta tidak termasuk cukai dilarikan iaitu sebanyak RM14.5 juta. “Walaupun…
Surat balas Dr Noor Hisham, motivasi buat Lara
“LARA mengambil masa 15 minit untuk membuat loom band itu dengan kombinasi warna bersesuaian yang khas untuk diberikan kepada (Ketua Pengarah Kesihatan) Dr Noor Hisham (Abdullah),” kata Mutiara Jusuf McAfee, 46, ketika ditemui di rumah dekat Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Mutiara berkata, anak bongsunya itu, Lara Khadijah McAfee, 9, belajar membuat…
‘Gementar, memang tak disangka’
“GEMENTAR itu tetap ada, malah lebih lagi, namun saya bersyukur kerana majlis pernikahan sempurna hanya dengan sekali lafaz,” kata Muhammad Don Haadi Don Putra. Muhammad Don, 29, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaannya sewaktu dan selesai melangsungkan majlis akad nikah secara dalam talian . Ia sekali gus menjadikan Muhammad Don dan isterinya, Nahdatul Aishah…
Covid-19: Penghantar makanan akan disaring [METROTV]
PENGHANTAR makanan perlu menjalani ujian saringan koronavirus baharu (Covid-19) bagi memastikan mereka tidak dijangkiti wabak itu yang dibimbangi boleh menjangkiti pelanggan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencari kaedah untuk memastikan semua penghantar makanan menjalani ujian itu. Beliau berkata, syarikat penghantar makanan berdaftar perlu menanggung kos ujian…
Jangan alpa, negara belum ‘menang’ – Dr Noor Hisham
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir sekiranya masyarakat alpa kepentingan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan trend penurunan jumlah kes positif koronavirus baharu (Covid-19), akhir-akhir ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan jumlah kes beberapa hari ini dibimbangi disalah erti serta membuatkan masyarakat lalai lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa wabak…
Jangkitan baharu Covid-19 menurun lagi, 54 kes hari ini [METROTV]
DUA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 88 kes. Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19,…