PEMAIN bola sepak profesional di negara ini sudah boleh memikirkan untuk mencari sumber pendapatan sampingan berikutan situasi ekonomi tidak menentu akibat wabak Covid-19 sekali gus bakal berdepan masalah pembayaran gaji untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan akan datang. Bekas bintang bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir berkata, ketika ini sudah hampir pasti ada pasukan Liga Malaysia…
Kategori: Perniagaan
Mahligai romantis
KEMESRAAN aktres Mawar Rashid dengan suaminya, Raf Yaakob masih jelas terpancar dan terlihat tidak berkurangan meski pasangan itu sudah memiliki zuriat. Masih bermanja dan bersikap romantis di media sosial, mereka juga tidak malu mempamerkan kebahagiaan ketika bersiaran secara langsung di Instagram Live sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mawar berkata, tiada rahsia yang spesifik namun sebagai…
Sepakat beri nama anak ‘Sanitiser’
NEW DELHI: Selepas Corona dan Lockdown, India kini menerima seorang lagi bayi dengan nama unik iaitu, Sanitiser. Sepasang suami isteri di sebuah negeri di utara India menamakan bayi mereka sebagai Sanitiser kerana nama itu mudah diingati berikutan menjadi keperluan orang ramai menggunakannya terutama ketika pandemik Covid-19. Bapa bayi lelaki berkenaan, Omveer berkata, cecair pembasmi kuman…
Bilangan pesakit pulih melebihi jangkitan baru
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan perkembangan baik kes Covid-19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baru selama tiga hari berturut-turut. Hari ini, seramai 169 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada jangkitan itu sehingga kini seramai 2,647 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 85…
Fizz Firdaus ‘hero’ empat beradik
PENGORBANAN kanak-kanak ini yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adiknya mungkin tidak mampu dilakukan orang dewasa lain. Ketika itu dia baru berusia lima tahun dan sanggup berkorban nyawa memeluk Aulia yang berusia tiga tahun pada 2018 menyebabkannya melecur teruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan dalam satu tragedi kebakaran bilik di sebuah rumah di Johor…
SPM, SVM, STAM tunda ke suku pertama 2021
TARIKH peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) , tarikh peperiksaan Semester Dua diubah kepada Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester Tiga akan diadakan dalam suku pertama 2021. Katanya, peperiksaan Sijil Tinggi…
Ibu meninggal tanpa sempat tatap wajah bayi kembar
MEDINA Safiya dan Medina Sofiya. Itu nama diberi Siti Nur Nasuha Safie, 23, buat dua bayi kembarnya yang kini berusia 15 hari. Bagaimanapun, Siti Nur Nasuha tidak sempat menatap wajah kedua-dua bayinya apabila dia meninggal dunia, pagi semalam akibat komplikasi ketika melahirkan mereka. Suaminya, Syazwan Najmi Zulkarni, 23, turut terkesan kerana mereka baru 10 bulan…
UPSR, PT3 bagi 2020 dibatalkan [METROTV]
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 dibatalkan. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid selepas mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain. Beliau berkata, memandangkan keputusan UPSR dijadikan…
Khatam al-Quran 25 kali sepanjang PKP [METROTV]
SERAMAI 60 penghuni Penjara Marang menyertai program Khatam al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga sekarang. Program itu dijalankan sebagai usaha dan harapan supaya wabak Covid-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia itu reda, sekali gus keadaan kembali pulih seperti biasa. Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab…
Kena tahan dah
LIMA individu ditahan polis semalam susulan menggunakan khidmat penghantar makanan untuk menghantar bungkusan dadah bersama roti canai. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, susulan penemuan paket plastik disyaki ganja itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Gombak melancarkan operasi mengesan suspek yang membekal dan memesan bungkusan itu di kawasan Petaling…
Sentuhan piano Amirullah tarik perhatian
“KEBETULAN pada waktu itu saya perlu hantar makanan kepada pelanggan di pusat belia terbabit, jadi saya ambil peluang main piano yang ada di situ sebelum beredar,” kata Muhammad Amirullah Mohd Zin, 22. Amirullah mulai tular di media sosial selepas video memaparkan dia bermain piano di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras dikongsi seorang pengguna Twitter beberapa hari…
Media China iktiraf Dr Noor Hisham
KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan dua lagi tokoh perubatan mendapat pengiktirafan media China serta menggelar mereka sebagai penyampai kebenaran dan hero dunia. Portal China Global Television Network (CGTN) menamakan Dr Noor Hisham dan dua lagi tokoh perubatan iaitu Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr Ashley Bloomfield dari…
‘Jadi sukarelawan kerana ia tanggungjawab saya’ – Dr Muhamad Akmal
“SAYA menjadi sukarelawan kerana mahu membantu mencegah penularan wabak Covid-19. “Walaupun saya tahu risiko jangkitannya, tetapi sebagai seorang doktor saya harus mengambil tanggungjawab untuk ‘berperang’ dengan pandemik itu,” kata pemilik sebuah klinik di Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh. Dr Muhamad Akmal, 33, salah seorang sukarelawan petugas kesihatan yang ditugaskan untuk berkhidmat secara lapangan di zon…
Berumah dalam kereta
NEW DELHI: Demi memastikan isteri dan anaknya terselamat jangkitan Covid-19, seorang doktor di bandar Bhopal, India sanggup tidur di dalam kereta. Memetik portal India Today, petugas barisan hadapan JP Hospital, Dr Sachin Nayak tidak pulang ke rumah selepas tamat bertugas. Sebaliknya, dia tinggal di dalam kereta yang diparkir di tempat letak kereta di hospital terbabit….
Tunggak RM10j
HUTANG mencecah RM10 juta. Itu keseluruhan tunggakan gaji membabitkan empat pasukan iaitu Melaka, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang yang gagal diselesaikan pengurusan masing-masing walaupun sebelum ini menabur janji mahu berbuat demikian dengan kadar segera. Melaka terus mengungguli ‘carta’ pasukan paling banyak menanggung tunggakan gaji setakat ini apabila merekodkan hampir RM5 juta belum dibayar kepada pemain…
‘Berkurung’ muhasabah diri
TEMPOH ‘berkurung’ sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin menjadi tempoh yang penuh tekanan bagi segelintir orang. Namun, jika dilihat dari sudut positif, tentunya PKP yang kini memasuki fasa ketiga mungkin boleh digunakan sebaik mungkin untuk bermuhasabah diri. Bagi penyanyi, Aiman Tino, tempoh PKP ini digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. “Sepanjang lebih kurang…
AS pulang AS$300 juta dana 1MDB kepada Malaysia
KERAJAAN Amerika Syarikat (AS) sudah memulangkan sejumlah AS$300 juta lagi dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri dalam satu kenyataan pagi ini, berkata, jumlah itu adalah dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS. Katanya, dengan…
Wang hilang sekelip mata
WANG lesap dalam beberapa minit. Itu situasi yang berlaku selepas mangsa melakukan muat turun aplikasi direka sindiket penipuan dalam talian. Modus operandi terbaharu sindiket penipuan itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) selepas menerima laporan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak pada 7 hingga 11 April lalu. Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Mohd…
Pesta liar di homestay pulak dah…
POLIS menahan 11 individu, termasuk tiga wanita selepas dipercayai terbabit dengan pesta liar dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam serbuan di sebuah rumah inap desa (homestay) di Masai, di Johor Bahru, semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis…
‘Ia sebagai tanda kasih, sebak melihatnya’
RAKAMAN anggota polis menasihati sekumpulan kanak-kanak mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular sejak pagi semalam meruntun perasaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Mohd Asri berkata, anggota terbabit sudah menjalankan tugasnya dengan baik ketika memberi amaran kepada kanak-kanak berkenaan. Beliau berkata, tindakannya itu dilihat sebagai satu tanggungjawab yang murni memandangkan kesemua mereka…