JAKARTA: Penduduk di Kampung Sewakul, Barat Ungaran, Semarang menghalang pihak berkuasa mengebumikan jenazah jururawat yang meninggal dunia akibat Covid-19 di kawasan tanah perkuburan di kampung mereka. Ia berikutan penduduk bimbang virus berkenaan boleh merebak dalam kalangan mereka. Jakarta Post melaporkan, Nuria Kurniasih, 38, jururawat di Hospital Kariadi, Semarang, meninggal dunia Khamis lalu, selepas seminggu dirawat…
Kategori: Perniagaan
Belajar istiqamah
PENYANYI popular, Ernie Zakri dihujani ucapan tahniah dan syukur daripada peminat ketika kali pertama berkongsi mengenai penampilannya yang berhijab pada 24 Mac lalu. Malah, keputusan penyanyi Gundah itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan segelintir pihak yang mengandaikan Erni, 28, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri bakal berkahwin. Bagaimanapun, Ernie berkata, itu bukan tujuannya berhijab…
Laksana Skim Kawalan Harga Maksimum bendung kenaikan harga [METROTV]
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Kawalan Harga Maksimum sebagai langkah membendung kenaikan harga barangan keperluan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim itu perlu dibuat sebagai langkah membendung kenaikan harga…
Dua maut dalam kebakaran
DUA maut manakala empat termasuk seorang kanak-kanak lelaki selamat dalam kebakaran di sebuah rumah yang dijadikan kediaman sementara pekebun dekat Kampung Pertama, Permatang Pauh, di Bukit Mertajam, awal pagi, hari ini. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Timbalan Penguasa Bomba II Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada…
‘Saya mohon maaf’ – Tony Fernandes
“KAMI tidak memperoleh pendapatan, (kerana) 96 peratus penerbangan terjejas tetapi kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan. “Saya tahu ramai antara anda (pelanggan) kecewa kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan, tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit akaun sebagai alternatif terbaik.” Demikian e-mel dihantar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia…
Pilih jadi Vin Diesel atau Ben Amir
SELEPAS tular di laman sosial aksi beberapa lelaki memakai ‘baju kelawar’ menjadi perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya baru-baru ini, masyarakat Malaysia sekali lagi ‘dijentik’ dengan gelagat kaum adam itu. Kali ini, rata-rata kaum adam mengeluh mengenai keadaan rambut mereka yang telah memasuki hari ke-26 tanpa mendapat sentuhan daripada tukang gunting rambut….
Remaja dalam kuarantin puji kerajaan, barisan hadapan
LEBIH ramai warga Malaysia menzahirkan penghargaan atas usaha yang dilakukan negara dan petugas barisan hadapan dalam mengekang dan memerangi pandemik Covid-19. Shacind Ananthan, pelajar tahun pertama jurusan ekonomi di United Kingdom (UK), berkongsi dalam hantaran di Facebooknya mengenai perjalanan pulang dari UK dan berakhir di Impiana KLCC Hotel, tempat beliau dan 73 lagi individu sedang…
Hantar mayat teman wanita ke rumah dengan motosikal
AKIBAT terlalu takut, seorang remaja sanggup menghantar teman wanitanya yang sudah meninggal dunia ke rumahnya di Felda Keratong 10 di Muadzam Shah, selepas terbabit dalam kemalangan dengan seekor kerbau, awal pagi tadi. Suspek berusia 17 tahun itu dikatakan membawa mayat mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala itu sejauh 15 kilometer selepas terbabit dalam kemalangan…
Pondan mabuk serang pegawai perubatan
SEORANG pondan mabuk ditahan selepas membuat kekecohan dan mencederakan Penolong Pegawai Perubatan serta memecahkan cermin ambulans milik Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, semalam. Kejadian dilaporkan berlaku 6.20 petang semalam di Jalan Kulas berhadapan sebuah bank di Satok. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, kejadian berlaku semasa ambulans terbabit dalam perjalanan…
Tiada bukti terowong sanitasi berkesan basmi Covid-19
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada bukti saintifik setakat ini penggunaan terowong sanitasi berkesan dalam membasmi virus Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada bukti secara saintifik klinikal yang menyatakan penggunaan terowong sanitasi berkesan dalam membasmi Covid-19. Menurutnya, bagaimanapun KKM di bawah Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dengan…
KKM giat kesan subkluster madrasah [METROTV]
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan subkluster madrasah dan pusat tahfiz di beberapa negeri. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). “Misalnya, hasil kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan…
Covid-19: Tiga lagi kematian hari ini [METROTV]
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga lagi kematian akibat wabak Covid-19, setakat 12 tengah hari ini. Secara keseluruhan jumlah kematian bertambah kepada 76 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 153 orang yang disahkan positif hari ini, menjadikan jumlah kes positif jangkitan itu adalah 4,683 kes. Beliau berkata, seramai 66 kes…
Penuntut UUM bantu kucing terbiar
MENYEDARI banyak kucing terbiar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 17 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif mengumpul dana bagi membeli makanan haiwan berkenaan. Penuntut, Nor Dalila Youb, 24, berkata, dianggarkan lebih 150 kucing berada di dalam kampus berkenaan terbiar dan perlu diberikan perhatian sepanjang tempoh PKP. Katanya, setiap dua hari sekali mereka menghabiskan 20…
Lee Bee ‘suara’ OKU pekak, bisu
SELAIN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang muncul untuk menyampaikan perutusan khas di kaca televisyen, wajah ini juga sering ‘menemani’ beliau di bahagian bawah sudut kanan skrin sebagai jurubahasa isyarat. Itulah Tan Lee Bee yang turut kerap muncul dalam siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi segmen Nasional 8. Meskipun hanya muncul di sudut…
Minta ibu doa
“TATKALA saya mendapat panggilan atau ditugaskan untuk menguruskan jenazah mangsa virus Covid-19, saya akan menghubungi ibu untuk mendoakan supaya tugas saya dipermudahkan selain keselamatan diri. “Selepas itu, saya akan meminta isteri turut mendoakan pekerjaan saya. Apa yang penting adalah niat kami petugas Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk membantu dan ia…
102,668 maut
LEBIH setengah juta orang di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangkiti wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University (JHU). Bernama melaporkan berdasarkan data dikeluarkan universiti itu, AS mencatatkan 500,399 kes Covid-19 dan 18,693 kematian dengan 28,837 pesakit pulih. Kematian pertama dilaporkan pada 29 Februari di Washington. AS negara yang mencatatkan jumlah jangkitan…
Budak Tebing lonjak Adam
PEMINAT mula memberi perhatian terhadap Adam Lee menerusi lakonannya dalam drama rantaian, Adam Chempaka yang ditayangkan di TV3 tahun lalu. Terkini, Adam, 26, sekali lagi menarik tumpuan peminat dengan lakonannya menerusi drama rantaian, Budak Tebing yang berakhir tayangannya di TV3, Khamis lalu. Bersyukur dengan populariti dikecapinya sekarang, pelakon bernama sebenar Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee…
Melaka Tengah kini zon merah
SEBUAH lagi daerah iaitu Melaka Tengah di Melaka dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 26 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi kementerian itu hari ini, daerah berkenaan…
Dunia di medan perang
Beijing: Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan Covid-19 yang semakin mengganas, virus maut itu sudah merebak ke lebih 200 negara dan wilayah, lapor agensi berita Xinhua. Di Washington, ujian klinikal untuk menilai keselamatan dan keberkesanan hydroxychloroquine, ubat antimalaria sudah bermula dalam usaha mencari penawar penyakit Covid-19, menurut Institut Kesihatan Negara (NIH) Amerika…
‘Tersembur air minum, PM tengok video shuffle’ [METROTV]
“KETIKA Perdana Menteri buat pengumuman 6 April secara langsung itu saya ada terpacak depan televisyen. “Tersembur jugalah air saya minum sewaktu PM sebut bahawa beliau lihat video yang saya buat dan menjelaskan itu bukanlah buang tabiat sebaliknya kreativiti orang ramai mengisi masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Azrin Anwar Yahaya, 31. Video dia…