TIGA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 92 kes. Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19,…
Kategori: Perniagaan
‘Frontliners’ Malaysia diiktiraf dunia
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan wabak Covid-19 sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia. Pada satu sidang video bersama petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh, Muhyiddin menyifatkan pengiktarafan itu hasil daripada peranan yang dimainkan mereka dan kesemua barisan hadapan yang lain. “Saya sampaikan kepada mereka yang…
Cari kaedah penuntut pulang kampung [METROTV]
KERAJAAN dalam proses membenarkan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta pulang ke kampung masing-masing selepas berada dalam tempoh lama di kampus susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat khas menteri mengenai PKP hari ini mendengar rintihan ibu bapa yang…
Ucapan hari lahir Dr Noor Hisham ‘trending’
RIBUAN ucapan selamat, doa dan harapan ditujukan khas kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau ke-57, hari ini. Dr Noor Hisham dilahirkan pada 21 April 1963 dari Sepang, Selangor itu adalah individu berperanan besar menangani pandemik Covid-19 di negara ini. Nama beliau berada di tangga pertama carta…
Rakam lagu nasihat
PELUANG untuk bekerja dari rumah digunakan sebaik mungkin oleh pelakon dan penyanyi, Alvin Chong sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan oleh kerajaan. Salah satu aktivitinya adalah berkolaborasi dengan 16 penyanyi lain yang bernaung di bawah label Universal Music Malaysia menyampaikan lagu berjudul #JANGANKELUAR hasil ciptaan Yonnyboii. “Pertama kali diberikan lagu ini, saya terus rasa…
PKP: Parti liar menjadi-jadi
SERAMAI 20 individu, termasuk remaja ditahan kerana mengadakan parti liar sekali gus mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah apartmen dan dua inap desa sekitar bandar raya ini dan Masai, Johor Bahru, antara Sabtu hingga awal pagi tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay,berkata Polis Johor mengadakan tiga serbuan hasil maklumat awam dan…
Lelaki liwat anak jiran lebih 20 kali ditahan
POLIS menahan seorang lelaki selepas didapati meliwat anak jirannya lebih 20 kali apabila dia membawa kanak-kanak lelaki itu keluar berjalan-jalan, termasuk bermalam di sebuah hotel bajet di Butterworth, sejak Mac lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun memaklumkan anak…
‘Kantung’ kempis
TERDAPAT beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sudah mula memberi bayangan mahu saingan liga pada musim ini dibatalkan atau bersambung tahun hadapan daripada diteruskan dalam waktu suntuk seterusnya bakal menimbulkan pelbagai masalah nanti. Malah, jika diteruskan juga tanpa penonton di stadium sudah pastinya akan menyaksikan satu persatu pasukan ‘gugur’ apabila situasi terbabit membebankan mereka berikutan…
Pinta Dr Noor Hisham sempena hari jadinya esok [METROTV]
SEMPENA sambutan ulang tahunnya ke-57 esok, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah sebagai hadiah bermakna buat beliau ketika negara dilanda krisis pandemik koronavirus baharu (Covid-19) ini. Dalam ucapan ringkas selepas sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini, beliau berkata; “Sempena hari jadi saya esok,…
‘Suami tetap puji saya cantik’
“JIKA saya merujuk kepada pakar, pastinya saya perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan yang sudah tentu memerlukan saya berhadapan dengan lebih ramai orang dan saya tidak mahu ia berlaku,” kata Nor Sahira Dalim, 27. Nor Sahira tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi perubahan pada…
Doa Wira Negara
“SAYA dan adik menghasilkan lagu cover, Doa Wira Negara itu dengan cara tersendiri dengan harapan dapat memberi semangat kepada barisan petugas hadapan yang sedang berjuang ketika ini,” kata Farhanah Mohamad Kamis, 33. Penjawat awam dan adiknya Farhanum, 29, tular selepas menghasilkan lagu cover itu yang juga dendangan asal Harry Khalifah. Lagu versi mereka itu berkumandang…
Teringin jumpa polis seiras arwah adik
“INSYA-ALLAH, kalau dapat berjumpa Ramadan ini, memang amat bermakna puasa dan Aidilfitri kami sekeluarga tahun ini. “Sekurang-kurangnya dapat juga mengubat kerinduan kami terhadap arwah adik,” kata Ismail Mohd Razak, 42. Dengan kuasa media sosial, Ismail berjaya menjejaki pemuda dikenali sebagai Asyraf, 24, yang wajahnya seiras arwah adiknya, Abdul Jalil yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan…
Covid-19: Kes baharu boleh meningkat dalam dua minggu [METROTV]
KES baharu bagi jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) boleh meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang selepas aktiviti pengesanan giat dijalankan, terutama ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk pengesanan di lokaliti yang terbabit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Katanya,…
Bersalin dalam kereta, ‘tersangkut’ dalam sekatan jalan raya
PESARA kerajaan mengharungi detik cemas apabila anak perempuannya terpaksa bersalin dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Hospital Tawau di Tawau, Sabtu lalu. Malah, dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, Abdul Asa Mohd Salleh, 65, bersama anaknya, Noziee Abdul Asa, 37, yang ditemani cucu, Aisha Maizela, 17, turut terperangkap lebih dua jam dalam kesesakan lalu-lintas akibat…
Covid-19: Tiada kematian, hanya 36 kes hari ini [METROTV]
TIADA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 89 kes. DR Noor Hisham ketika hadir sidang media…
Lepas PKP baru boleh jumpa ibu ayah [METROTV]
“SETIAP kali berasa rindukan ibu dan ayah, saya serta adik-adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang,” kata Hussain Izzuddin Che Mamad, 9. Dia bersama dua adiknya, Hassan Nasruddin, 7, dan Ali Akimuddin, 6, dihantar ke Pusat Kuarantin Covid-19 Marang (PKCM), sejak 7 April lalu selepas mempunyai kontak dengan individu dalam siasatan (PUI) di Pusat…
PKPD di Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur [METROTV]
PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-6 akan dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPD ke-6 itu. “ PKPD ini berkuatkuasa mulai 20 April sehingga 3 Mei…
Taman Sri Murni dikenakan PKPD?
KAWASAN Taman Sri Murni yang terletak berhampiran Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, dipercayai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula kira-kira jam 12 tengah malam tadi. Seorang anggota polis yang bertugas di sekitar kawasan itu memaklumkan pihaknya ditugaskan di lokasi itu selepas menerima arahan daripada pihak atasan berhubung arahan PKPD, semalam. “Kami menerima arahan untuk…
Lelaki dicekup, isteri datang minta restu [METROTV]
SEORANG wanita yang sarat mengandung sembilan bulan sanggup datang untuk melihat suaminya yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra – Sungai Baru, Alor Setar, malam tadi. Wanita berusia 30-an itu ditemani jirannya datang untuk meminta restu suaminya yang berusia 33 tahun itu kerana bimbang bersalin anak ketiga mereka, pada bila-bila masa. Ketua Polis…
Nota kecil hapus penat [METROTV]
‘TERIMA kasih, moga Tuhan merahmati anda’, ‘Jangan hilang harapan atau bersedih!’, ‘Syukur makanan sedap serta pemberian sejadah’ dan ‘Maaf kami membebankan anda.’ Itu antara kata-kata penghargaan dan semangat diberikan rata-rata individu yang dikuarantin kepada petugas barisan hadapan menjaga mereka. Nota ringkas itu ditulis sebelum ditampal pada pintu bilik kuarantin didiami sebagai tanda penghormatan terhadap setiap…