Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

Karya anak Sarawak ini tersenarai dalam anugerah buku terjemahan terbaik Amerika

Posted on April 4, 2020 by hwa
Kulleh bersama Pauline menerbitkan karya ‘Tell Me, Kenyalang’. -Gambar Pauline Fan

KUALA LUMPUR : Royston John Kulleh atau pengarang dengan nama pena Kulleh Grasi berjaya menempatkan karyanya berjudul ‘Tell Me, Kenyalang’ dalam senarai for The Best Translated Book Awards 2020 (BTBA), the Amazon Literary Partnership.

Pencapaian membanggakan ini turut dikongsi bersama rakannya yang juga penterjemah buku tersebut dan Pengarah Kreatif PUSAKA, Pauline Fan yang turut bersama-sama beliau selama hampir dua tahun menghasilkan karya berkenaan.

“Kebanyakan yang tercalon dalam anugerah tersebut adalah mereka yang pernah memenangi Hadiah Nobel di peringkat antarabangsa. Saya merupakan satu-satunya dari Asia Tenggara bersama dengan rakan penterjemah, Pauline Fan.

“Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pauline. Seorang penulis terkenal yang mempunyai hasil kerja hebat, di Malaysia dan antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam masa sama, pencapaian cemerlang ini juga berjaya menempatkan mereka dalam Poetry Society of America iaitu sebuah organisasi ulung kesusasteraan dunia.

‘Tell me, Kenyalang’ yang diterbitkan pada November tahun lalu juga pernah dilancarkan di Pulau Pinang, Singapura dan Berlin, German.   

Buku tersebut mengandungi pelbagai seleksi puisi yang pada asalnya terdiri dari bahasa pribumi Sarawak seperti Iban, Kayan, Kelabit, Penan, Bidayuh dan Bahasa Malaysia sebelum diterjemah ke Bahasa Inggeris.

Ia mengisahkan tentang suara Orang Asal (Indigenous people of Sarawak) bertemakan liberasi, mitologi, jati diri dan alam.

Tambah Kulleh lagi, sebuah rumah penerbitan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Circumference Books juga pernah melamar beliau bagi membuat kerja-kerja penyuntingan dan editorial.

Katanya, Jennifer Kronovet dan Visel adalah merupakan editor yang banyak mengangkat kerja-kerja penulisannya di peringkat antarabangsa.

“Kami bekerja dalam zon masa berbeza, dari semasa ke semasa sehinggalah ke penghasilan buku ini. Ia pengalaman yang unik bagi saya,” kongsinya.

Anugerah tersebut dijadualkan berlangsung pada awal May di New York. Namun, dijangka akan dikemaskini susulan penularan COVID-19.

Navigasi

  • Muka depan
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • About
  • Contact

Kiriman Terkini

  • QS Energy Receives Initial Order for Multi-Year AOT Technology Deployment
  • Iran Keluarkan Amaran Keras Baharu, Berkata Penglibatan A.S. dalam Konflik Israel Akan ‘Sangat Berbahaya untuk Semua Pihak’
  • Apakah Konflik di Timur Tengah Bermakna untuk Perubahan Iklim
  • Untuk Melindungi Impian Amerika, Kita Perlu Melabur di Heartland
  • Bagaimana Pengakhiran yang Mengejutkan dalam 28 Years Later Membuka Jalan kepada Sekuel Akan Datang The Bone Temple

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.