Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

Jurusolek ini dedikasikan penghargaannya buat hero negara melalui lukisan muka

Posted on April 14, 2020 by hwa
Odiliawati Yusop menggunakan bakatnya untuk menggambarkan perasaan dan mesej penuh makna buat insan yang berjuang. -Gambar Ihsan Odiliawati

SAMARAHAN : Mula mengasah bakatnya sejak berusia 18 tahun lagi, jurusolek artistik, Odiliawati Yusop yang berasal dari Sarawak ini tampil kreatif dalam mengekpresikan penghargaannya kepada petugas barisan hadapan.

Menariknya, hasil karya yang didedikasikan itu dilakar pada wajah.

Lakaran solekan itu juga menggambarkan mereka sebagai ‘hero negara’ yang berkorban besar dalam memerangi COVID-19.

Menurutnya, idea tercetus setelah melihat ramai yang tampil dengan idea menarik dalam memanfaatkan masa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Baginya, dia mahu tampil berbeza dengan bakat solekannya.

Salah satu seni yang dilakar pada wajahnya adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya melihat pengumuman Perdana Menteri kita, dia seorang yang terbuka. Ada yang jadikan pengumumannya sebagai rap dan bermacam-macam lagi.

“Saya pula ingin sampaikan penghormatan kepada Perdana Menteri kita dengan cara seni (solekan),” kongsinya bersama Astro AWANI.

Tambah Odiliawati, penghasilan itu mengambil masa hampir tiga jam.

Ujarnya lagi, melalui seni solekannya dia dapat menyampaikan mesej dan menggambarkan perasaannya walaupun ada yang menganggap lukisannya itu tidak mendatangkan faedah.

Baginya, itu adalah hak masing-masing.

Navigasi

  • Muka depan
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • About
  • Contact

Kiriman Terkini

  • Bagaimana Shabbat Mempersatukan Israel
  • GEON(R) Performance Solutions Announces Polymax(TPE) Acquisition
  • Exosens Signs Partnership With Scientific Imaging Inc.
  • UBTECH Passes the Listing Hearing by the Hong Kong Stock Exchange, Sets to Become the “First Listed Company Specialized in Humanoid Robots”
  • Mengapa Gencatan Senjata Israel-Hamas Telah Ditakdirkan Untuk Gagal

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.