'To all doctors, nurses and medical workers, thank you' (kepada semua doktor, jururawat dan petugas perubatan, terima kasih)," kata Google dalam lakaran itu.
Lakaran itu dihasilkan daripada gabungan warna biru, merah, kuning dan hijau selain bentuk hati berwarna merah jambu.
Di saat kebanyakan rakyat Malaysia duduk selsa di rumah, meluangkan masa bersama ahli keluarga, barisan hadapan ini terpaksa meninggalkan keluarga tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Malah dalam media sosial juga ramai yang berkongsi gambar dan video petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat yang emosi selain mental dan fizikal mereka turut terkesan.
Antaranya termasuklah sebuah video bertajuk doktor menangis terlalu penat yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Video berdurasi 4.35 saat itu antaranya menyebut apa yang paling ditakuti ialah pasukan barisan hadapan mula berasa burn out, kepenatan, hilang semangat dan keletihan melampau.
Ini kerana, petugas kesihatan terpaksa bekerja sehingga 18 jam sehari malah tidak kurang juga yang tidur di tempat kerja.