Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

COVID-19: Jumlah kelahiran bayi bertambah tahun hadapan?

Posted on April 5, 2020 by hwa
Ketika ini bukan masa terbaik untuk pasangan merancang untuk mendapatkan anak, kata Kenneth Johnson, seorang profesor sosiologi di University of New Hampshire. – Gambar hiasan

PAKAR tidak menjangkakan adanya pertambahan jumlah kelahiran bayi sembilan bulan dari sekarang, seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Ketika penduduk di kebanyakan negara diarahkan untuk duduk di rumah bagi mengekang wabak COVID-19, ada yang berpendapat akan adanya peningkatan jumlah kelahiran bayi, pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Namun pakar mengatakan ia berkemungkinan besar tidak berlaku, malah negara besar seperti Amerika Syarikat mungkin akan menyaksikan penurunan jumlah kelahiran, lapor CNN.

"Tidak mungkin bilangan kelahiran akan meningkat. Ini bukan suasana yang sesuai untuk pasangan merancang mendapatkan anak," kata Kenneth Johnson, seorang profesor sosiologi di University of New Hampshire.

Malah sebelum pandemik ini melanda, taburan demografi menunjukkan gabungan beberapa faktor seperti kelahiran yang sedikit dan jumlah kematian yang tinggi telah memperlahankan pertambahan penduduk.

Dunia dilanda ketidakpastian apabila munculnya satu pandemik, kata Johnson.

Kedudukan kewangan dan ekonomi yang tidak stabil akan menjadi faktor terbesar yang akan membuatkan banyak pasangan lebih selesa untuk tidak mempunyai anak atau menambah anak.

"Tahap kesuburan jatuh dengan ketara selepas dunia dilanda kemelesetan, itu perkara biasa," kata Johnson.

Navigasi

  • Muka depan
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • About
  • Contact

Kiriman Terkini

  • QS Energy Receives Initial Order for Multi-Year AOT Technology Deployment
  • Iran Keluarkan Amaran Keras Baharu, Berkata Penglibatan A.S. dalam Konflik Israel Akan ‘Sangat Berbahaya untuk Semua Pihak’
  • Apakah Konflik di Timur Tengah Bermakna untuk Perubahan Iklim
  • Untuk Melindungi Impian Amerika, Kita Perlu Melabur di Heartland
  • Bagaimana Pengakhiran yang Mengejutkan dalam 28 Years Later Membuka Jalan kepada Sekuel Akan Datang The Bone Temple

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.