Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

[UPDATE] Jais siasat cara hidup kumpulan di Ulu Rening

Posted on April 29, 2020 by lau

JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) menerima aduan mengenai perkara yang melanggar hukum syarak oleh kumpulan yang tinggal di penempatan haram di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata, selain itu pihaknya juga menerima aduan mengenai cara kehidupan bermasyarakat oleh kumpulan berkenaan yang tidak lazim dengan kehidupan Islam secara umum.

Katanya, akan tindakan susulan akan diambil berikutan penahanan mereka oleh pihak polis hari ini.

“Ia berikutan aduan yang Jais terima berkaitan perkara yang berlanggaran dengan hukum syarak.

“Selain itu cara kehidupan bermasyarakat kumpulan ini juga tidak lazim dengan kehidupan masyarakat Islam lain secara umum,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seramai 234 individu termasuk bayi ditahan polis di sebuah kawasan penempatan haram di Ulu Rening, Batang Kali, hari ini.

Kumpulan terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi yang dipercayai membuat penempatan haram dengan membina khemah di dalam hutan dan atas bukit di kawasan berkenaan.

Polis yang menerima maklumat menjalankan risikan dan menyerbu kawasan itu kira-kira 4 petang tadi.

Berita berkaitan

• Polis serbu perkampungan haram di Ulu Rening

Navigasi

  • Muka depan
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • About
  • Contact

Kiriman Terkini

  • GEON(R) Performance Solutions Announces Polymax(TPE) Acquisition
  • Exosens Signs Partnership With Scientific Imaging Inc.
  • UBTECH Passes the Listing Hearing by the Hong Kong Stock Exchange, Sets to Become the “First Listed Company Specialized in Humanoid Robots”
  • Mengapa Gencatan Senjata Israel-Hamas Telah Ditakdirkan Untuk Gagal
  • Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Undang-Undang Montana Yang Dibatalkan Dan Larangan TikTok Lainnya Di Seluruh Dunia

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.