Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

PKP dilanjutkan hingga 12 Mei [METROTV]

Posted on April 24, 2020 by lau

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir 28 April ini dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan ia akan disambung lagi selepas itu bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini.

Katanya, dalam tempoh itu, kerajaan akan menilai data-data untuk melihat proses seterusnya.

“Ramainya mungkin bertanya, bila boleh bekerja. Biar saya beri sedikit bayangan, kerajaan akan mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada beberapa sektor dan sub sektor bagi membolehkan mereka beroperasi.

“Bagaimanapun ia akan tertakluk kepada peraturan ketat bagi memastikan usaha kita memerangi Covid-19 tidak terjejas,” katanya pada perutusan khas Ramadan hari ini.

MUHYIDDIN dalam Perutusan Khas Ramadan. FOTO BERNAMA
MUHYIDDIN dalam Perutusan Khas Ramadan. FOTO BERNAMA

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberikan sedikit kelonggaran kepada penuntut universiti yang berada di kampus untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Katanya, kerajaan juga memberi kebenaran satu kali perjalanan kepada mereka yang berada di kampung atau tempat lain untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengatur pergerakan saudara-saudari,” katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar berjihad dan istiqamah dalam menangani Covid-19.

Selain itu Perdana Menteri turut mendoakan agar petugas barisan hadapan sabar dan tabah menjalankan tugas dalam keadaan berpuasa.

“Insya-Allah, pengorbanan anda semua akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Navigasi

    • Muka depan
    • SeaPRwire
    • ACN Newswire
    • JCN Newswire
    • Berita
    • Perniagaan
    • kewangan
    • About
    • Contact

    Kiriman Terkini

    • QS Energy Receives Initial Order for Multi-Year AOT Technology Deployment
    • Iran Keluarkan Amaran Keras Baharu, Berkata Penglibatan A.S. dalam Konflik Israel Akan ‘Sangat Berbahaya untuk Semua Pihak’
    • Apakah Konflik di Timur Tengah Bermakna untuk Perubahan Iklim
    • Untuk Melindungi Impian Amerika, Kita Perlu Melabur di Heartland
    • Bagaimana Pengakhiran yang Mengejutkan dalam 28 Years Later Membuka Jalan kepada Sekuel Akan Datang The Bone Temple

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.