Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

Jumlah pesakit pulih lebih tinggi [METROTV]

Posted on April 13, 2020 by lau

KES Covid-19 di negara ini terus mencatat perkembangan positif apabila jumlah pesakit pulih daripada wabak berkenaan, hari ini melebihi rekod jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 168 kes dilaporkan bebas daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan individu yang pulih daripada wabak terbabit sehingga kini ialah 2,276 orang atau 47.3 peratus.

Secara perbandingan, katanya, sebanyak 134 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 4,817 orang.

“Ini bermakna, bilangan kes yang dibenarkan keluar dari wad hari ini juga melebihi laporan kes baharu dan jumlah kes aktif masih dirawat adalah 2,464 kes.

“Sehingga kini, seramai 66 kes positif CovidD-19 sedang ditempatkan di unit rawatan api (ICU), daripada jumlah itu, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan wujud pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan angka korban adalah sebanyak 77 orang atau 1.6 peratus.

Memperincikan status terkini Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, satu kes kematian ke-77 (kes ke-2,797) ialah lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang buah pinggang dan darah tinggi.

Katanya, beliau dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada hari ini 9.15 pagi.

“Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Navigasi

    • Muka depan
    • SeaPRwire
    • ACN Newswire
    • JCN Newswire
    • Berita
    • Perniagaan
    • kewangan
    • About
    • Contact

    Kiriman Terkini

    • GEON(R) Performance Solutions Announces Polymax(TPE) Acquisition
    • Exosens Signs Partnership With Scientific Imaging Inc.
    • UBTECH Passes the Listing Hearing by the Hong Kong Stock Exchange, Sets to Become the “First Listed Company Specialized in Humanoid Robots”
    • Mengapa Gencatan Senjata Israel-Hamas Telah Ditakdirkan Untuk Gagal
    • Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Undang-Undang Montana Yang Dibatalkan Dan Larangan TikTok Lainnya Di Seluruh Dunia

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.