Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

Dua kumpulan umur paling ramai dijangkiti Covid-19

Posted on April 16, 2020 by lau

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat dua kumpulan umur paling tinggi dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, statistik menunjukkan orang ramai dari kumpulan umur 20 hingga 24 tahun dan 56 hingga 59 tahun paling tinggi kes positif Covid-19 berbanding kumpulan umur lain.

Menurutnya, warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan kerana faktor umur dan penyakit kronik.

“Apabila statistik bilangan kes Covid-19 dipadankan dengan populasi bagi setiap kumpulan umur, jelas dapat dilihat bahawa kadar insiden Covid-19 bagi 100,000 populasi di Malaysia adalah paling tinggi bagi kumpulan umur 55 hingga 59 tahun dan juga 60 hingga 64 tahun.

“Statistik kes kematian Covid-19 yang direkod setakat ini pula menunjukkan bahawa 62.6 peratus daripada kes kematian adalah berusia 60 tahun ke atas.

“Jika dilihat daripada faktor komorbiditi, didapati 80.7 peratus kes kematian menghidap penyakit kronik misalnya penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, jantung dan lain-lain penyakit,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kebolehpulihan dan prognosis bagi sembuh jangkitan itu adalah lebih baik sekiranya rawatan dimulakan awal dan amat penting bagi kumpulan warga emas untuk mendapatkan rawatan segera walaupun hanya mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selsema atau sakit tekak.

Katanya, menjadi tanggungjawab ahli keluarga misalnya anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas memastikan golongan itu mendapat rawatan segera, bekalan ubat mencukupi, barang keperluan harian mencukupi, pengamalan tahap kebersihan serta jarak sosial selamat.

“Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan ubat pesakit mencukupi dan tidak terganggu, di samping mengurangkan keperluan warga emas serta pesakit kronik keluar rumah, pihak KKM amat menggalakkan mereka menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (VAS) yang sedia ada ditawarkan di fasiliti KKM.

“KKM juga prihatin terhadap kesihatan warga emas yang tinggal di institusi jagaan warga emas terutama bagi institusi mempunyai ramai penghuni serta mengalami kesukaran mengamalkan jarak sosial yang selamat,” katanya.

Katanya, KKM bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengikut garis panduan ‘Recommendations for the COVID-19 Pandemic for Private, Public and NGO Residential Aged Care Facilities’.

Beliau berkata, KKM turut memantau pengurusan kesihatan berhubung dengan pencegahan Covid-19 di Rumah Sri Kenangan serta Rumah Ehsan bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Navigasi

    • Muka depan
    • SeaPRwire
    • ACN Newswire
    • JCN Newswire
    • Berita
    • Perniagaan
    • kewangan
    • About
    • Contact

    Kiriman Terkini

    • GEON(R) Performance Solutions Announces Polymax(TPE) Acquisition
    • Exosens Signs Partnership With Scientific Imaging Inc.
    • UBTECH Passes the Listing Hearing by the Hong Kong Stock Exchange, Sets to Become the “First Listed Company Specialized in Humanoid Robots”
    • Mengapa Gencatan Senjata Israel-Hamas Telah Ditakdirkan Untuk Gagal
    • Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Undang-Undang Montana Yang Dibatalkan Dan Larangan TikTok Lainnya Di Seluruh Dunia

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.