Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

Dilanjut hingga 14 April

Posted on April 10, 2020 by lau

KERAJAAN menetapkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor dilanjutkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di daerah berkenaan yang sepatutnya tamat semalam akan dilanjutkan sehingga 14 April depan.

Menurutnya, keputusan perlanjutan tempoh perintah itu dicapai dalam mesyuarat semalam susulan beberapa perkara yang masih belum diselesaikan.

“Kita setuju sambung empat hari lagi untuk selesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, semalam.

Dua kampung di daerah Simpang Renggam dikenakan PKPD bermula sejak 27 Mac lalu susulan jumlah kes yang tinggi di kawasan itu.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

PKPD membabitkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid dengan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 keluarga.

Menurutnya, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk tempatan dan pelawat di kedua-dua kawasan tidak dibenar keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, sebarang keputusan membabitkan PKPD termasuk dakwaan terdapat sebuah kampung di Rembau, Negeri Sembilan yang akan dikenakan arahan sama hanya dibuat selepas penilaian dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebarang keputusan PKPD diperhalusi KKM dan kerajaan akan tunggu laporan sebelum sebarang keputusan dapat dibuat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Navigasi

    • Muka depan
    • SeaPRwire
    • ACN Newswire
    • JCN Newswire
    • Berita
    • Perniagaan
    • kewangan
    • About
    • Contact

    Kiriman Terkini

    • SIRI UJIAN UJIAN MOCKZRAJ IAS Melampaui 10,000 Pendaftaran dan Terus Mengubah Sukatan Piawaian Persiapan IAS
    • Gayaram chick maker – Pembekal dan pembuat tirai
    • DENSO Announces Organizational and Executive Changes
    • China Medical System: NDA for Additional RA Indication of Methotrexate Injection Accepted in China
    • Wiz Acquires Raftt, Bolsters CNAPP Offering for Cloud and Kubernetes Developers

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.