Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

Covid-19: Sepang, Kota Samarahan kini zon merah

Posted on April 8, 2020 by lau

SEPANG dan Kota Samarahan, Sarawak menjadi dua daerah terbaharu diisytihar zon merah selepas masing-masing merekodkan 46 kes dan 42 kes positif Covid-19.

Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan zon merah dalam negara cecah 23 kawasan setakat semalam.

Menurut infografik dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Lembah Pantai masih menjadi daerah tertinggi pesakit Covid-19 dengan kesnya meningkat kepada 412 berbanding 386 kes dilaporkan kelmarin.

Ia disusuli Hulu Langat (345 kes) dan Petaling (306 kes), seterusnya Gombak (111 kes), Klang (123 kes), Putrajaya (43 kes), Cheras (59 kes), Kepong (105 kes), Titiwangsa (95 kes) dan Jasin (42 kes).

Turut zon merah adalah Rembau (47 kes), Seremban (174 kes), Batu Pahat (48 kes), Johor Bahru (146 kes), Kluang (174 kes), Jerantut (61 kes), Kota Bharu (85 kes), Hilir Perak (66 kes), Kinta (93 kes) dan Tawau (67 kes).

Hanya empat daerah di Semenanjung yang dikelaskan zon hijau dan belum mempunyai kes jangkitan Covid-19 iaitu Yan, Kedah; Machang, Kelantan; Hulu Terengganu, Terengganu dan Kampar, Perak.

Manakala 25 kawasan zon hijau di Sabah dan Sarawak iaitu Kapit, Asajaya, Baram, Bau, Belaga, Dalat, Daro, Julau, Kanowit, Lundu, Song, Saratok, Lubok Antu, Meradong, Pakan, Tatau, Selangau, Kota Marudu, Kudat, Nabawan, Pitas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Beluran.

Selain itu, terdapat 17 kawasan diletakkan sebagai zon jingga iaitu Kuala Selangor dengan 30 kes, Kuala Langat (22 kes), Hulu Selangor (27 kes), Alor Gajah (25 kes), Melaka Tengah (36 kes), Kulai (24 kes), Muar (35 kes), Kuantan (40 kes) dan Pekan (23 kes).

Zon jingga lain ialah Besut (29 kes), Dungun (27 kes), Kota Setar (26 kes), Kuala Muda (35 kes), Seberang Perai Tengah (37 kes), Timur Laut (27 kes), Kota Kinabalu (34 kes) dan Lahad Datu (38 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Navigasi

    • Muka depan
    • SeaPRwire
    • ACN Newswire
    • JCN Newswire
    • Berita
    • Perniagaan
    • kewangan
    • About
    • Contact

    Kiriman Terkini

    • SIRI UJIAN UJIAN MOCKZRAJ IAS Melampaui 10,000 Pendaftaran dan Terus Mengubah Sukatan Piawaian Persiapan IAS
    • Gayaram chick maker – Pembekal dan pembuat tirai
    • DENSO Announces Organizational and Executive Changes
    • China Medical System: NDA for Additional RA Indication of Methotrexate Injection Accepted in China
    • Wiz Acquires Raftt, Bolsters CNAPP Offering for Cloud and Kubernetes Developers

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.