Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SeaPRwire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Berita
  • Perniagaan
  • kewangan
  • Contact
Menu

Berhias buat kerja di rumah

Posted on April 7, 2020 by lau

MAHU menghiburkan hati sendiri termasuk suami dan anak sambil menyebarkan aura positif kepada wanita Malaysia ketika menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.

Itu motif Cik Nora Azni Nawi, 32, yang berhias kemas berpakaian kebaya dan lengkap beg tangan ketika melakukan kerja rumah, 3 April lalu.

Ibu tiga anak itu berkata, tindakan itu dilakukan spontan apabila bangun pagi Jumaat lalu dia berhias seolah-olah menyambut Aidilfitri.

“Saya buat ini spontan sekadar suka-suka untuk hiburkan hati sendiri dan bergurau senda dengan suami dan anak.

“Ia lebih kepada mahu membangkitkan mood ceria dalam rumah kami selepas berkurung lebih dua minggu.

“Saya tidak janggal sebaliknya anggap tindakan saya itu sama macam saya berhias ketika Aidilfitri,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, foto serta video aksi dirinya berpakaian kebaya ketika membuat kerja rumah itu dimuat naik suaminya, Akhtar Syamir Nor Azman, 40, yang menyokong sepenuhnya usaha berkenaan.

“Kami sebelum ini, sememangnya suka menyebarkan perkara positif termasuk dalam penulisan tambahan lagi ketika Covid-19 semua orang nampak macam serius dan tertekan.

“Jadi, kami memuat naik perkongsian itu supaya dapat menghiburkan pengikut kami dan memberi semangat ketika menghadapi tempoh PKP ini.

“Kadang-kadang segelintir mereka yang bekerja, tak biasa duduk terperap dalam rumah, jadi saya mahu memberi contoh dalam rumah pun kita boleh buat apa saja termasuk berhias dan buat kerja macam biasa untuk membangkitkan suasana ceria satu keluarga,” katanya yang menetap di Puchong, Selangor.

Cik Nora Azni berkata, melalui perkongsian itu mereka juga menganjurkan cabaran sama buat pengikut di laman sosial.

“Ramai menyokong apa yang saya buat itu, malah ada yang menyambut cabaran dan berkongsi cara mereka berpakaiankemas ketika membuat kerja rumah.

“Tidak kurang juga segelintirnya mengecam, namun saya tidak ambil peduli kerana niat asal saya mahu menghiburkan hati sendiri dan keluarga saya,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Navigasi

    • Muka depan
    • SeaPRwire
    • ACN Newswire
    • JCN Newswire
    • Berita
    • Perniagaan
    • kewangan
    • About
    • Contact

    Kiriman Terkini

    • BlackBerry Partners with EC-Council to Help Strengthen Malaysia’s Cybersecurity Workforce
    • “TOKIO Exciting Anime Workshop” Confirmed – Enjoy “Summer Festival at Anime Tokyo Station” This Summer Vacation
    • International Land Alliance Unveils New Revenue Model Featuring 100 Rental Homes in Cabo Oasis
    • Eisai Awarded “The 9th Bioindustry Award” for Drug Discovery Research for Anti- Amyloid B Monoclonal Antibody Lecanemab
    • New Trains for Singapore’s Sengkang-Punggol LRT Begin Commercial Operation

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.